Tuesday, 11 November 2014

Belut Paprik

Lama tak makan belut, teringin nak buat sup belut. My favourite no 1. Mak suggest, suruh masak paprik. Ok, fine! Cuba masak belut paprik laa..

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. serai diketuk
  2. bawang merah
  3. bawang putih
  4. halia sikit
  5. cili yang telah dikisar
  6. Sos sikit
  7. limau purut
  8. tomato
  9. carrot 
  10. Belut 2 ekor
  11. Gula/garam
Cara mudah ja.
  1. Goreng belut betul2 masak. Garing pun sedap, tp janganla sampai hangit. Nati, kahwin dengan orang gelap. Ayahla..kata. hehe~
  2. Lepas angkat belut. guna minyak yang sama. Masukkan serai + bawang merah+ bawang putih + halia. Tunggu sampai naik bau, then masuk cili yang telah dikisar tadi campur sikit dengan sos+ limau purut.
  3. Masak sampai naik minyak sikit , kering pun ok. Masukkan belut yg dah goreng tadi. Tunggu sat, pastu masukkan tomato. Carrot habis dah, so abaikanla. Gula/garam tambah sikit. oleh kerana ayah,mengidap darah tinggi. Jadi, garam tak dibenarkanla dalam masakan. 

Tara...Siap dah.. Makan jom!!

No comments:

Post a Comment