Tuesday, 11 November 2014

Belut Paprik

Lama tak makan belut, teringin nak buat sup belut. My favourite no 1. Mak suggest, suruh masak paprik. Ok, fine! Cuba masak belut paprik laa..

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. serai diketuk
  2. bawang merah
  3. bawang putih
  4. halia sikit
  5. cili yang telah dikisar
  6. Sos sikit
  7. limau purut
  8. tomato
  9. carrot 
  10. Belut 2 ekor
  11. Gula/garam
Cara mudah ja.
  1. Goreng belut betul2 masak. Garing pun sedap, tp janganla sampai hangit. Nati, kahwin dengan orang gelap. Ayahla..kata. hehe~
  2. Lepas angkat belut. guna minyak yang sama. Masukkan serai + bawang merah+ bawang putih + halia. Tunggu sampai naik bau, then masuk cili yang telah dikisar tadi campur sikit dengan sos+ limau purut.
  3. Masak sampai naik minyak sikit , kering pun ok. Masukkan belut yg dah goreng tadi. Tunggu sat, pastu masukkan tomato. Carrot habis dah, so abaikanla. Gula/garam tambah sikit. oleh kerana ayah,mengidap darah tinggi. Jadi, garam tak dibenarkanla dalam masakan. 

Tara...Siap dah.. Makan jom!!

Friday, 17 October 2014

Udang Galah Lemak Cili Api

Bahan:
  • Minyak masak
  •  Kunyit (sebesar 2 ibu jari kaki)
  • Cili padi – 10 biji
  • Bawang merah  – 10 biji
  • Asam keping – 2 keping
  •  Santan – 1 bungkung
  • Undang galah saiz sederhana– 30 ekor
  • Gula/garam

Caranya:
  1.  Kisarkan bawang merah, cili padi, kunyit bersama-sama sehingga halus.
  2. Panaskan minyak masak & masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Kemudian, masukkan santan, asam keping.
  4. Masukkan udang galah, hgula/garam, tunggu udang galah bertukar warna seketika 3-5 minit. Tidak perlu lama, siap masak terus hidang. Boleh nikmati bersama keluarga.

Ikan Asam pedas

Bahan:
  • Minyak masak
  • Ikan merah (ikan sungai) - seekor
  • Lada kering – anggaran untuk seekor ikan
  • Kunyit - sebesar  1 ibu jari
  • Belacan - sedikit
  • Bawang merah – 10 biji
  • Serai – 3 ketul
  • Daun kesum - sedikit
  • Bunga kantan – 1
  • Terung/Tomato – 2-3 biji
  • Gula/garam

Caranya:
  1. Kisarkan Lada kering (yang telam rendam air panas seketika), kunyit, belacan, bawang merah.
  2. Panaskan minyak, masukkan serai dan kemudian tumis bahan dikisar tadi. Masukkan daun kesum, bunga kantan, terung, gula/garam.
  3. Masukkan ikan, tunggu didih seketika. Angkat dan hidang terus makan.

My new blog is Liana Pemanjat Berkayu

....Welcome... (^_^)
This is my online journal to dedicate as my diaries just for sharing. So, I feel writing this in my own personal space & letting go of burden in my mind by putting here for blogging. This blog will focus about my personal life, my travel, secrete recipe hee, and all about my interests. If you have anything to ask, please do not hesitate to send on my email : liana.pemanjat.berkayu@gmail.com. Thanks for reading, guys. Hope, you enjoy it! vamos~

Jom, berhibur dengan lagu Que Sera Sera!